suria

Nicol David Catat Rekod Baharu Juara Dunia

Nicol ketika memenangi kejuaraan wanita dunia untuk kali ke lapan akhir tahun lalu.

PARIS: Juara skuasy dunia, Nicol David mencatat rekod baharu apabila kekal pada kedudukan terbaik itu untuk tempoh 106 bulan.

Anak kelahiran Pulau Pinang kini menduduki tempat teratas senarai Persatuan Skuash Wanita (WSA) pada Januari 2006, menamatkan rekod 105 bulan milik Susan Devoy dari New Zealand pada Februari 1993 yang pernah memenangi empat kali gelaran juara dunia.

Pencapaian cemerlang wanita berusia 31 tahun ini adalah yang terbaharu dalam kerjayanya termasuk lapan gelaran juara Kejohanan Dunia, dua pingat emas Sukan Komanwel dan empat pingat Sukan Asia.

"Menjadi yang terbaik adalah sesuatu yang kita perlu capai tiap hari.

"Bagi saya, yang utama adalah bersedia menghadapi setiap kejohanan, selebihnya adalah bonus," kata bintang sukan Malaysia itu.

Nicol David, WSA, Susan Devoy

Artikel Berikut

Van Gaal Sedia Terima Fletcher

Artikel Lain