suria

La Liga: Real Madrid 4-1 Real Sociedad

> Pasukan kendalian bekas pengurus Man Utd David Moyes gagal bertahan selepas dahului 1-0

> Real Madrid pantas membalas menerusi jaringan James Rodriguez

> Sergio Ramos kemudian jadikan kedudukan 2-1

> Karim Benzema jaringkan gol ketiga dan keempat Real

REAL Sociedad pimpinan bekas pengurus Manchester United, David Moyes pada mulanya kelihatan seperti sekali lagi akan membuat kejutan dengan menjaringkan gol pendahuluan dalam perlawanan menentang Real Madrid di Santiago Bernabeu pada Sabtu tetapi itu semua hanya bertahan selama dua minit kerana selepas itu Madrid bertindak ganas dengan menjaringkan gol penyamaan dan kemudian menang 4-1.

Sociedad menyumbat gol seawal 40 saat permainan bermula tetapi kegembiraan mereka tidak bertahan lama kerana Madrid menyamakan kedudukan dua minit kemudian menerusi James Rodriguez.

Ia adalah perlawanan pertama Moyes selaku pengurus Sociedad di Stadium Santiago Bernabeu yang popular itu.

Dan untuk 40 saat pertama itu, Real Sociedad seolah-olah berada di kayangan apabila pemain muda berusia 21 tahun, Aritz Elustondo menanduk masuk gol hantaran Yuri melepasi jangkauan Iker Casillas.

Hanya beberapa minggu lalu, mereka menumpaskan Barcelona menerusi gaya dan gerakan yang sama iaitu dengan serangan yang pertama. Mereka pulang dengan tiga mata penuh.

Untuk seketika mereka seolah-olah akan melakukan keajaiban yang kedua ke atas satu lagi pasukan gergasi tetapi ternyata bukan selalu kilat menyambar di tempat yang sama dua kali.

Bagi Madrid pula, mereka tetap hebat walaupun tanpa kelibat Ronaldo di atas padang kerana sedang menjalani hukuman gantung perlawanan.

Sebaliknya, mereka memperolehi gol daripada Sergio Ramos (minit ke-36) dan kemudian Karim Benzema menambah dua gol lagi (minit ke-51 dan 76).

Real Madrid: Casillas, Carvajal, Varane, Ramos, Marcelo, Irrallamendi, Kroos (Khedira 81), James (Jese 74), Isco, Bale, Benzema (Hernandez 81).

Simpanan: Navas, Coentrao, Arberloa, Nacho.

Gol: James 3, Ramos 36, Benzema 51, 76.

Real Sociedad: Rulli, Aritz (Bergara 63), Gonzalez, Inigo Martinez, Yuri, Gorka Elustondo, Ruben Pardo, Xabi Prieto, Granero, Canales (De la Bella 46), Vela (Agirretxe 17).

Simpanan: Finnbogason, Zubikarai, Castro, Zaldúa.

Gol: Aritz 1.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain