suria

Newcastle Benam Hull City 3-0

NEWCASTLE United mencatat kemenangan pertama di bawah bimbingan John Carver apabila menewaskan Hull City 3-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris, Sabtu.

Remy Cabella meledak gol pertama, lima minit sebelum babak pertama tamat, manakala Sammy Ameobi dan Yoan Gouffran masing-masing menambah jaringan pada minit ke-50 dan 78’.

Kedua-dua pasukan dilihat terdesak untuk mencari kemenangan, namun Newcastle lebih bertuah di laman lawan.

Hull City memerlukan kemenangan pada perlawanan tersebut bagi menyelamatkan kedudukannya yang kini berada di kelompok penyingkiran, manakala Newcastle pula untuk menutup mulut peminat-peminat kelab ini yang mempertikaikan kebolehan Carver menggantikan Alan Pardew secara sepenuh masa.

Kekalahan ini juga menyaksikan Hull tewas empat kali berturut-turut buat kali kedua dan gagal menjaringkan gol dalam 11 daripada 15 perlawanan musim ini.

Newcastle

Artikel Lain