suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemain Atletico Madrid Ditahan Polis

PEMAIN pertahanan Altetico Madrid, Cristian Ansaldi ditahan polis ketika dalam perjalanan menyaksikan perlawanan Copa del Rey bertemu Barcelona awal pagi Khamis.

Menurut media di Sepanyol, pemain antarabangsa Argentina yang tidak tersenarai dalam skuad Diego Simeone pada aksi itu, ditahan polis ketika memandu ke Vicente Calderon.

Polis meminta dokumen pengenalan diri, namun Ansaldi gagal berbuat demikian.

Pertengkaran kecil berlaku di antara polis dan Ansaldi dan dipercayai pemain itu menghentak pintu keretanya.

Kejadian itu memaksa pihak polis membawanya ke balai dan membuat laporan mengingkari arahan polis.

Bagaimana pun pemain 28 tahun itu dibebaskan beberapa jam kemudian dan terlepas menonton perlawanan yang menyaksikan pasukannya tewas secara agregat 4-2 kepada Barca.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain