suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terbuka Australia: Williams Ke Final Bertemu Sharapova

PEMAIN pilihan pertama wanita dari Amerika Syarikat, Serena Williams mara ke final selepas mengetepikan rakan senegaranya Madison Keys 7-6(5) 6-2 sekaligus mencatat rekod keenam beraksi di pentas akhir Terbuka Australia.

Williams bakal bertemu Maria Sharapova selepas pemain pilihan kedua dari Rusia itu juga menewaskan rakan senegaranya Ekaterina Makarova 6-3 6-3 pada aksi separuh akhir sebelum ini.

Pada saingan separuh akhir ini, Williams yang masih memegang status pemain no.1 dunia dipaksa bekerja keras pada set pertama.

"Dia memberi tekanan pada set pertama dan saya terpaksa memberi fokus untuk mengatasinya.

"Saya begitu teruja layak ke final sekali lagi kerana ketika datang ke sini saya tidak meletakkan harapan yang tinggi," jelas Williams.

Sekiranya Williams,33, menang ke atas Sharapova pada aksi final nanti, ia bakal mencatat gelaran Grand Slam ke-19 buatnya.

Terbuka Australia

Artikel Lain