suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terbuka Australia: Berdych Singkir Nadal, Mara Ke Separuh Akhir

Berdych mara ke separuh akhir selepas tewaskan Nadal.

TOMAS Berdych mempamerkan aksi luar biasa ketika berentap menewaskan Rafael Nadal dalam saingan suku akhir denga kemenangan 6-2 6-0 7-6(5) sekaligus menempah tiket ke separuh akhir Terbuka Australia.

Berdych yang turut menewaskan Roger Federer pada aksi suku akhir Wimbledon 2010 ini tidak pernah menang ke atas Nadal dalam 17 rekod perlawanan sepanjang kariernya.

Pemain Republik Czech ini menang buat julung kalinya pada set pertama sepanjang tujuh kali bertemu bintang Sepanyol itu.

Diletakkan sebagai pemain pilihan ketujuh, Berdych hanya mengambil masa 25 minit untuk menguasai set kedua.

Manakala Nadal yang gagal mempamerkan aksi sebenar selepas dibelenggu masalah kecederaan sejak tahun lalu cuba mengheret bermain sehingga tie-break namun sudah terlambat.

"Saya memang sudah bersedia untuk bertemu dengan Nadal dengan merancang untuk bermain tiga set sahaja.

"Perlawanan ini di luar jangkaan saya kerana ia berbeza dengan aksi sengit sebelum ini," jelas Berdych.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain