suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Leicester Yakin Dapat Kalahkan Man United

PASUKAN tercorot Liga Perdana Inggeris, Leicester yakin dapat menewaskan Manchester United dalam pertemuan pusingan kedua Liga Perdana Inggeris pada Sabtu ini.

Keyakinan itu disuarakan penyerangnya, Leo Ulloa selepas pasukan itu berjaya menewaskan United 5-3 dalam pusingan pertama liga pada September lalu.

Penyerang Argentina yang telah menjaringkan sembilan gol untuk Leicester pada musim ini memberitahu, pasukan itu akan menggunakan helah berlainan untuk menewaskan United kali ini.

"Ianya berlainan, kerana kami pernah bermain dengan mereka dan tahu apa yang mereka tidak tahu.

"Situasinya juga berlainan dan penting untuk kami meningkatkan keyakinan masing-masing.

"Kami perlu bermain dengan lebih baik dan mengawal bola selain kerap melakukan serangan balas," jelasnya.


 

Leicester, Manchester United

Artikel Lain