suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Arsenal Tandatangani Kontrak Gabriel Paulista Di Paris

PEMAIN baharu Arsenal, Gabriel Paulista dilaporkan telah tiba di England pada Isnin sebelum dihantar ke Paris oleh kelab berkenaan.

Pemain pertahanan Brazil itu yang dibeli pada harga £11.2 juta dari Villareal dilapor telah diberikan permit kerja di England.

Bagaimanapun, difahamkan satu formaliti untuk menandatangani kontrak akan dilakukan di Paris dan bukan di London.

Dalam pembelian itu, penyerang Arsenal, Joel Campbell telah menyertai Villareal sebagai sebahagian daripada syarat yang dipersetujui.

Paulista dijangka akan memakai jersi nombor 5 yang ditinggalkan Thomas Vermaelen yang telah berhijrah ke Barcelona.

Gabriel Paulista, Brazil, Arsenal

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Piala Liga Inggeris

Artikel Lain