suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Neymar Desak Tindakan Tegas Terhadap Cristiano Ronaldo

BINTANG Barcelona, Neymar mendesak pihak berkuasa bola sepak Sepanyol mengambil tindakan terhadap pemain Real Madrid, Cristiano Ronaldo yang menyepak pemain Cordoba.

Ronaldo yang digantung dua perlawanan akibat tindakan tersebut telah meminta maaf terhadap pertahanan Cordoba, Edimar Fraga.

Ronaldo yang merupakan bintang bola sepak dunia bertindak demikian ketika Real Madrid menang 2-1 ke atas Crodoba dalam saingan La Liga pada Sabtu.

Ketika membuat desakan itu, Neymar akui bahawa seorang penyerang sering mendapat provokasi daripada pertahanan lawan, namun baginya tindakan Ronaldo agak keterlaluan.

"Mereka yang bermain sebagai penyerang sentiasa mendapat provokasi sehingga kadang-kadang anda akan hilang sabar.

"Tetapi apa yang dilakukan Ronaldo agak keterlaluan dan agresif, oleh itu dia perlu mendapat hukuman," jelasnya.

Barcelona, Real Madrid

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain