suria

Alex Ferguson Raih £2 Juta Setahun Kerana Auranya

WALAUPUN Sir Alex Ferguson tidak lagi menjadi perhatian dalam setiap perlawanan melibatkan Manchester United, namun dia masih mampu meraih pendapatan sebanyak £2 juta setahun dari kelab itu.

Pendapatan lumayan itu diperolehi berdasarkan auranya yang pernah membimbing United selama 26 tahun.

Menurut akaun rasmi United, Ferguson mendapat sebanyak £2 juta setahun selepas dilantik sebagai duta kelab berkenaan.

Pendapatan mewah itu berikutan jasa serta kenangan manis dilakar Ferguson sepanjang membimbing United.

Tidak cukup dengan itu, Ferguson kini disifatkan antara aset berharga United yang mampu memberikan pulangan kepada kelab.

Ferguson dilaporkan mampu meraih sebanyak £100,000-sehari dengan melakukan tugas sebagai duta bukan sepenuh masa untuk kelab berkenaan.

Manchester United, Alex Ferguson

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain