suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Real Madrid Umum Lucas Silva Pertahanan Baharu

LUCAS SILVA diumumkan sebagai pemain terbaharu Real Madrid selepas pertahanan itu meninggalkan kelabnya di Brazil, Cruzeiro dengan yuran perpindahan sebanyak £11.5 juta.

Pemain Brazil berusia 21 tahun itu diperkenalkan kepada media di Bernabeu pada tengah hari Isnin selepas melepasi ujian kesihatan di Hospital Sanitas La Moraleja.

Silva hadir selepas tiga hari Real Madrid mendapatkan pemain remaja berskil tinggi dari Norway iaitu Martin Odegaard.

Silva yang telah menandatangani kontrak sehingga Jun 2020, sebelum ini turut dikaitkan dengan Arsenal, namun Carlo Ancelotti berjaya memikatnya.

Pemain berprestasi tinggi itu merupakan tonggak muda Brazil berbakat dan Presiden Real Madrid, Florentino Perez menganggapnya sebagai pemain pertahanan terbaik di negara berkenaan.

 

Silva memberitahu media," Saya datang ke sini untuk belajar dan membantu mereka.

"Ia merupakan impian yang menjadi kenyataan dan saya sangat gembira. Saya telah bersedia untuk menyarung jersi ini yang merupakan satu penghargaan."

Real Madrid, Brazil

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Teong Kim 'Kunci Mulut' Isu PPBN

Artikel Lain