suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PKBM Tidak Boleh Urus Wang Mereka - KJ

PETALING JAYA: Kementerian Belia dan Sukan akan mengawal selia sebarang peruntukan kewangan yang besar kepada Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), kata menterinya Khairy Jamaluddin.

"Mereka (PKBM) tidak boleh menguruskan wang mereka lagi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan bahagian Belia, Persatuan Rangkaian Runcit Malaysia (MRCA) di One City, di sini, Selasa.

Langkah itu selaras dengan keputusan yang dibuat oleh Pejabat Pesuruhjaya Sukan, semalam.

Pesuruhjaya Sukan dalam kenyataan semalam, berkata PKBM juga diarahkan untuk memastikan pengurusan peruntukan kewangan daripada agensi kerajaan dalam jumlah yang besar diurus selia oleh agensi terbabit.

Pejabat Pesuruhjaya Sukan juga akan sentiasa memantau perkembangan PKBM dari semasa ke semasa agar isu yang berbangkit tidak berulang.

Khairy juga menasihatkan PKBM agar mengikuti arahan Pesuruhjaya Sukan untuk mengadakan mesyuarat agung tahunan dan pemilihan jawatankuasa yang baharu dalam tempoh 60 hari.

"PKBM juga mesti meminda perlembagaan untuk menstrukturkan semula pengurusan kewangan mereka," kata beliau.

Dalam pada itu, Khairy menyerahkan kepada anggota persatuan berkenaan sama ada untuk menukar atau mengekalkan kepimpinan PKBM pada mesyuarat agung tahunan badan induk sukan berbasikal negara itu, kelak.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain