suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rebut Trofi Juara Liga Perdana Musim Depan - Rodgers

LIVERPOOL  akan kembali bersaing merebut trofi kejuaraan Liga Perdana musim depan, jelas pengurus Brendan Rodgers. 

Pengendali dari Ireland Utara ini hampir menjulang trofi buat pertama kali selepas tahun 1990 musim lalu, namun diketepikan pasukan Manchester City.

Namun agak malang musim ini apabila kelab itu hanya berada di kedudukan kelapan setakat ini, 17 mata ketinggalan daripada penghulu liga Chelsea, malah terpaksa bekerja keras untuk berada dalam kelompok empat terbaik untuk layak beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara musim depan.

Penghijrahan penyerang Luis Suarez ke Barcelona dan Daniel Sturridge yang dibelenggu kecederaan berterusan menambahkan lagi derita The Reds.

Pun begitu, Liverpool sehingga kini masih mengekalkan rekod tanpa kalah sejak Disember lalu dan menyaksikan tahap keyakinan pasukannya masih tidak goyang.

"Musim ini sememangnya amat sukar. Dengan banyak perubahan dan perkara yang berlaku, kami mengambil keputusan tidak akan bersaing merebut trofi liga musim ini. Itulah kenyataanya.

"Kami hanya akan memberi fokus untuk berebut kelompok keempat, mencari pemain baharu, beri pendedahan dan buat sasaran untuk perebutan trofi.

"Saya percaya skuad ini ada kebolehan untuk menjulang trofi liga perdana," jelasnya.

Rodgers berkata, buat masa sekarang skuadnya mahu menumpukan kepada aksi Piala Liga.

Liverpool kini dalam dalam perjuangan dalam aksi separuh akhir Piala Liga menentang Chelsea yang menyaksikan mereka mencatat seri 1-1 pada saingan pertama minggu lalu.

Liverpool, Liga Perdana

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain