suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Messi Penyelamat Barca

Selepas sepakan penaltinya diselamatkan penjaga gol, Messi bertindak pantas menyepak bola yang muntah untuk menjaringkan gol kemenangan Barca.

MADRID: Hanya lima minit sebelum tamat perlawanan, Lionel Messi membuktikan kehebatannya membolosi gawang lawan, sekali gus membantu kemenangan Barcelona 1-0 menewaskan Atletico Madrid.

Kepantasan Messi merebut peluang ketika Juanfran dipersalahkan kerana menyepak Sergio Busquets pada aksi suku akhir kedua Piala Raja Sepanyol itu mengubah keputusan perlawanan pada saat-saat akhir.

Insiden itu menyebabkan pengadil ,Jose Luiz Gonzalez menghadiahkan sepakan penalti pada minit ke-83 dan tendangan Messi bagaimanapun berjaya diselamatkan penjaga gol, Jan Oblak.

Tetapi, pengalaman mengatasi segalanya apabila bintang Argentina itu pantas menyambar bola muntah untuk gol kemenangan Barca.

“Ini keputusan yang baik, tapi kami masih ada aksi timbal balik dan ia pasti 90 minit yang sukar,” kata pemain tengah Barca, Andres Iniesta.

Kedua-dua pasukan itu akan bertemu sekali lagi di Vicente Calderon, di sini pada 28 Januari ini.

Jurulatih Atletico, Diego Simeone bagaimanapun yakin anak buahnya dapat beraksi dengan lebih cemerlang di laman sendiri sekali gus membawa kemenangan pada pertemuan kedua itu nanti.

“Kami masih berpeluang menewaskan lawan yang bermain dengan baik. Peluang masih terbuka,” katanya.

Artikel Berikut

Artikel Lain