suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Craiq Alexander Dilantik Duta Ironman 70.3 Putrajaya

Perlumbaan Ironman 70.3 Putrajaya edisi 2015 diadakan pada 5 April ini.
KUALA LUMPUR: Legenda ironman Australia, Craig Alexander, dilantik sebagai duta acara tahan lasak Ironman 70.3 Putrajaya untuk tahun kedua berturut-turut.

Atlet triatlon berusia 41 tahun itu tidak sabar untuk perlumbaan edisi 2015 pada 5 April ini selepas kagum dengan sambutan hebat pada edisi pertama tahun lepas.

Alexander, juara dunia sebanyak tiga kali, berkata beliau teruja dengan perkembangan acara ironman di rantau Asia Pasifik.

"Kini terdapat banyak perlumbaan di rantau Asia Pasifik dan anda boleh bersaing sepanjang musim," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak penganjur di sini, Khamis.

Kejohanan Ironman 70.3 Putrajaya dijangka menarik lebih 1,400 peserta, melibatkan tiga acara iaitu renang sejauh 1.9km di Tasik Putrajaya, berbasikal sejauh 45km dan larian sejauh 21.1km.










Ironman, Craig Alexander

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain