suria

Nicol Gagal Pertahan Kejuaraan ToC, Tersingkir Di Suku Akhir

Nicol David.
KUALA LUMPUR: Ratu skuasy negara Datuk Nicol David memulakan musim 2015 dengan langkah sumbang apabila gagal mempertahankan gelaran Kejohanan Juara-Juara (ToC) di New York, Khamis.

Nicol, yang beraksi pada kejohanan pertama selepas merangkul Kejohanan Dunia buat kali kelapan, bulan lepas, terpaksa mengakhiri cabaran apabila kalah kepada pemain pilihan kelima, Alison Waters, pada saingan suku akhir.

Pemain nombor satu dunia itu kalah 9-11, 12-10, 7-11 dan 1-11 pada pertarungan selama 39 minit dalam gelanggang kaca di Grand Central Terminal.

Berikutan penyingkiran Nicol, cabaran Malaysia pada kejohanan itu berakhir selepas pemain nombor dua negara, Low Wee Wern tersingkir pada pusingan pembukaan.

Menurut laman web rasmi kejohanan, www.tocsquash.com, Waters akan menentang pemain Mesir, Nour El Sherbini pada perlawanan separuh akhir.

Sherbini menempah slot separuh akhir selepas menumpaskan rakan senegara, Nour El Tayeb 11-5, 10-12, 11-3, 12-14 dan 11-9 pada satu lagi saingan suku akhir.

Perlawanan separuh akhir kedua akan menyaksikan pertarungan antara pemain Mesir, Raneem El Welily dan pemain England, Laura Massaro.

skuasy, Nicol David

Artikel Sebelum

Jepun Mara Ke Separuh Akhir

Artikel Berikut

Artikel Lain