suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Real Madrid Beli Pemain Muda Norway

KELAB gergasi bola sepak Sepanyol, Real Madrid dilaporkan bersetuju mengikat pemain muda Norway, Martin Odegaard dari Stromsgodset.

Bagaimana pun Real tidak memberi penjelasan lanjut mengenai pemain tengah berusia 16 tahun itu, namun media di Sepanyol percaya mereka bersetuju membayar 2.3 juta pound (RM13 juta) untuk Odegaard.

Odegaard yang kini masih menunggu keputusan kesihatan bakal diperkenalkan di ibu kota Sepanyol pada Khamis.

Odegaard membuat penampilan pertama bersama kelab Norway itu pada usia 15 tahun dan bakatnya selaku perancang utama berjaya memikat beberapa kelab terkemuka dunia termasuk Barcelona dan Bayern Munich.

Dia menjadi pemain antarabangsa paling muda ketika menyarung jersi Norway menentang Emiriyah Arab Bersatu pada usia 15 tahun 253 hari pada Ogos lalu.

Martin Odegaard, real MAdrid, Norway

Artikel Berikut

Artikel Lain