suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terbuka Australia: Djokovic Mara Ke Pusingan Ketiga, Tewaskan Kuznetsov

Djokovic melayan peminat--peminatnya sebaik sahaja tamat aksi kedua Terbuka Australia pada Khamis.

NOVAK Djokovic mara ke pusingan ketiga Terbuka Australia selepas mengetepikan pemain Rusia, Andrey Kuznetsov 6-0 6-1 6-4 pada aksi kedua, Khamis.

Jaguh Serbia itu mengambil masa 21 minit untuk menang pada set pertama, sebelum memaksa pemain lawan di ranking ke-88 itu akur tewas dalam tempoh 1 jam 24 minit di Rod Laver Arena.

Kemenangan ini menyaksikan Djokovic mencatat rekod sembilan tahun berturut-turut mara ke pusingan ketiga di Melbourne Park malah berpeluang menjulang gelaran kelima kejohanan ini.

Pemain pilihan pertama ini bakal berdepan dengan pemain Jepun Go Saeda atau pemain Sepanyol Fernando Verdasco pada aksi ketiga nanti.

Artikel Lain