suria

Kejohanan Liga Sepak Takraw Medan Cungkil Bakat Baharu

KUALA LUMPUR: Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) akan menyenarai 150 pemain terbaik menerusi kejohanan Liga Sepak Takraw (STL) edisi 2014/2015 untuk dipilih menyertai skuad kebangsaan.

Presiden PSM Datuk Ahmad Ismail berkata kesemua pemain yang disenaraikan ituakan beraksi pada kejohanan Liga STL Francais 2015 yang dijadual bermula Oktober ini, yang menjadi medan bagi memilih pemain kebangsaan.

Beliau berkata kejohanan STL merupakan platform terbaik untuk mencungkil bakat baharu terdiri daripada pemain berusia 18 tahun ke atas.

"Kejohanan STL menepati kehendak PSM untuk mengembalikan kemeriahan sukan sepak takraw serta melahirkan lebih ramai pemain berkualiti.

"Kejohanan yang bermula pada November tahun lepas ini berjaya menarik ramai pemain muda berpotensi mewakili negara serta meningkatkan semula kualiti sepak takraw negara," katanya.    

Ahmad berkata 16 pasukan akan bertanding pada Pusingan Akhir STL itu yang berlangsung pada Sabtu dan Ahad ini, di Stadium Tertutup Titiwangsa.

Pasukan berkenaan ialah Petronas Batu Gajah, Hanelang A, PDRM D, Bukit PutraC, ATM F, Bukit Putra, Gastep B, MPSJ, Mazatech A, RISDA, ATM A, Kerinchi ClubB, Jaguh Kg Penang A, Instaputra, PKNS dan Bentara-MAS.

Kesemua pasukan tersebut yang sebelum ini beraksi dalam lapan pusingan awal sejak November tahun lepas, adalah juara bagi setiap kumpulan.

Juara Pusingan Akhir STL akan membawa pulang RM20,000 manakala naib juara RM15,000.

Datuk Ahmad Ismai, PSM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain