suria

Tenis Terbuka Australia: Senarai Undian Pusingan Pertama

JUARA bertahan kejohanan tenis Terbuka Australia, Stan Wawrinka (kanan) dan Li Na mempamerkan piala yang menjadi rebutan tahun ini. Li Na bagaimanapun tidak akan mempertahankan kejuaraannya kerana telah bersara. Terbuka Australia adalah acara Grand Slam yang pertama bagi musim ini.

JUARA Terbuka Australia lima kali, Novak Djokovic telah diundi untuk menentang pemain tidak ternama dari pusingan kelayakan pada perlawanan pusingan pertama acara Grand Slam pertama musim ini yang akan bermula Isnin, 19 Januari.

Djokovic juga tidak akan bertemu dengan mana-mana 10 pemain pilihan terbaik kejohanan sehinggalah dia layak ke pusingan suku akhir.

Jika dia sampai ke peringkat itu, pemain pilihan yang mungkin akan bertemu dengannya ialah Milos Raonic (pilihan kelapan).

Sebaliknya juara bertahan, Stan Wawrinka, yang tahun ini diletakkan sebagai pilihan keempat akan berhadapan dengan laluan yang sukar.

Dia akan bertemu pemain ke-99 dunia, Marsel Ilhan dari Turki dan jika melepasi pusingan ketiga, dijadualkan untuk bertemu dengan pilihan ke-16, Fabio Fognini dari Itali di pusingan keempat dan selepas itu, dijangka akan bertembung dengan finalis Terbuka Amerika Syarikat, Kei Nishikori di suku akhir.

Pilihan ketiga, Rafael Nadal diundi untuk bertemu dengan bekas pemain ke-10 dunia, Mikhail Youzhny dari Rusia dan kemudian dengan pemain Czech, Lukas Rosol, di pusingan ketiga.

Rosol pernah mengalahkan Nadal di pusingan kedua Kejohanan Wimbledon pada 2012.

Pemain pilihan kedua, Roger Federer akan memulakan kempen Terbuka Australia kali ini menentang pemain Taiwan, Yen-Hsun Lu dan selepas itu mungkin akan berhadapan dengan pilihan ke-15, Tommy Robredo di pusingan keempat.

Pilihan keenam kejohanan, Andy Murray pula dijangka bertemu dengan musuh ketatnya dalam gelanggang, Grigor Dimitrov di pusingan keempat dan selepas itu berkemungkinan juga akan berhadapan dengan Federer di peringkat suku akhir.

BERIKUT ADALAH SENARAI PENUH PERLAWANAN PEMBUKAAN TERBUKA AUSTRALIA:

Novak Djokovic (Ser) (1) lwn pemain kelayakan.

Andrey Kuznetsov (Rus) lwn Albert Ramos-Vinolas (Spa)

Go Soeda (Jpn) lwn pemain kelayakan

James Ward (GB) lwn Fernando Verdasco (Spa) (31)

John Isner (AS) (19) lwn pemain kelayakan

Andreas Haider-Maurer (Aust) lwn pemain kelayakan

Pablo Carreno-Busta (Spa) lwn Gilles Muller (Lux)

Dominic Thiem (Aust) lwn Roberto Bautista-Agut (Spa) (13)

Feliciano Lopez (Spa) (12) lwn Denis Kudla (AS)

Blaz Rola (Slov) lwn Adrian Mannarino (Fra)

Juan Martin Del Potro (Arg) lwn Jerzy Janowicz (Pol)

Lucas Pouille (Fra) lwn Gael Monfils (Fra) (17)

Julien Benneteau (Fra) (25) lwn Benjamin Becker (Jer)

Lleyton Hewitt (Aust) lwn Ze Zhang (Chn)

Donald Young (AS) lwn pemain kelayakan

Milos Raonic (Can) (8) lwn pemain kelayakan

Stanislas Wawrinka (Swi) (4) lwn Marsel Ilhan (Tur)

Pablo Andujar (Spa) lwn pemain kelayakan

Jarkko Nieminen (Fin) lwn Andrey Golubev (Kaz)

Pablo Cuevas (Uru) (27) lwn pemain kelayakan

Alexandr Dolgopolov (Ukr) (21) lwn Paolo Lorenzi (Ita)

Sam Querrey (AS) lwn Vasek Pospisil (Kanada)

Guillermo Garcia-Lopez (Spa) lwn Peter Gojowczyk (Jer)

Alejandro Gonzalez (Col) lwn Fabio Fognini (Ita) (16)

David Ferrer (Spa) (9) lwn Thomaz Bellucci (Bra)

Sergiy Stakhovsky (Ukr) lwn Dusan Lajovic (Ser)

Marcel Granollers (Spa) lwn Stephane Robert (Fra)

Robin Haase (Ned) lwn Gilles Simon (Fra) (18)

Santiago Giraldo (Col) (30) lwn pemain kelayakan

Steve Johnson (AS) lwn pemain kelayakan

Ivan Dodig (Cro) lwn Joao Souza (Bra)

Nicolas Almagro (Spa) lwn Kei Nishikori (Jpn) (5)

Tomas Berdych (Cze) (7) lwn Alejandro Falla (Col)

Victor Estrella Burgos (Dom) lwn pemain kelayakan

Jiri Vesely (Cze) lwn Viktor Troicki (Ser)

John Millman (Aus) lwn Leonardo Mayer (Arg) (26)

Philipp Kohlschreiber (Jer) (22) lwn Paul-Henri Mathieu (Fra)

Tobias Kamke (Jer) lwn Bernard Tomic (Aust)

Samuel Groth (Aus) lwn  Filip Krajinovic (Ser)

Thanasi Kokkinakis (Aust) lwn Ernests Gulbis (Lat) (11)

Kevin Anderson (Afr Sel) (14) lwn Diego Sebastian Schwartzman (Arg)

Ricardas Berankis (Lit) lwn Igor Sijsling (Ned)

Blaz Kavcic (Slo) lwn James Duckworth (Aust)

Carlos Berlocq (Arg) lwn Richard Gasquet (Fra) (24)

Lukas Rosol (Cze) (28) lwn Kenny De Schepper (Fra)

Jan-Lennard Struff (Jer) lwn Dudi Sela (Isr)

Luke Saville (Aust) lwn pemain kelayakan

Mikhail Youzhny (Rus) lwn  Rafael Nadal (Spa) (3)

Andy Murray (GB) (6) lwn pemain kelayakan

Marinko Matosevic (Aust) lwn pemain kelayakan

Jordan Thompson (Aust) lwn Joao Sousa (Por)

Tatsuma Ito (Jpn) lwn Martin Klizan (Svk) (32)

David Goffin (Bel) (20) lwn pemain kelayakan

Marcos Baghdatis (Cyp) lwn Teymuraz Gabashvili (Rus)

Maximo Gonzalez (Arg) lwn Lukas Lacko (Svk)

Dustin Brown (Jer) lwn Grigor Dimitrov (Bul) (10)

Tommy Robredo (Spa) (15) lwn Edouard Roger-Vasselin (Fra)

Malek Jaziri (Tun) lwn Mikhail Kukushkin (Kaz)

Federico Del Bonis (Arg) lwn Nick Kyrgios (Aust)

Ivo Karlovic (Cro) (23) lwn pemain kelayakan

Jeremy Chardy (Fra) (29) lwn Borna Coric (Cro)

Andreas Seppi (Ita) lwn Denis Istomin (Uzb)

Juan Monaco (Arg) lwn Simone Bolelli (Ita)

Yen-Hsun Lu (Tpe) lwn Roger Federer (Swi) (2) 

BERIKUT ADALAH SENARAI PENUH PERLAWANAN PEMBUKAAN TERBUKA AUSTRALIA (PEMAIN WANITA):

(1) Serena Williams lwn Alison Van Uytvanck

(2) Maria Sharapova lwn pemain kelayakan

(3) Simona Halep lwn Karin Knapp

(4) Petra Kvitova lwn pemain kelayakan

(5) Ana Ivanovic lwn  pemain kelayakan

(6) Agnieszka Radwanska lwn Kurumi Nara

(7) Eugenie Bouchard lwn Anna-Lena Friedsam

(8) Caroline Wozniacki lwn Taylor Townsend

(9) Angelique Kerber lwn Irina-Camelia Begu

(10) Ekaterina Makarova lwn An-Sophie Mestach

(11) Dominika Cibulkova lwn Kirsten Flipkens

(12) Flavia Pennetta lwn Camila Giorgi

(13) Andrea Petkovic lwn Madison Brengle

(14) Sara Errani lwn Grace Min

(15) Jelena Jankovic lwn Timea Bacsinszky

(16) Lucie Safarova lwn Yaroslava Shvedova

(17) Carla Suarez Navarro lwn Carina Witthoeft

(18) Venus Williams lwn Maria Torro-Flor

(19) Alize Cornet lwn Shuai Zhang

(20) Samantha Stosur lwn Monica Niculescu

(21) Shuai Peng lwn pemain kelayakan

(22) Karolina Pliskova lwn pemain kelayakan

(23) Anastasia Pavlyuchenkova lwn Yanina Wickmayer

(24) Garbine Muguruza lwn Marina Erakovic

(25) Barbora Zahlavova Strycova lwn Timea Babos

(26) Elina Svitolina lwn Jana Cepelova

(27) Svetlana Kuznetsova lwn Caroline Garcia

(28) Sabine Lisicki lwn Kristina Mladenovic

(29) Casey Dellacqua lwn Yvonne Meusburger

(30) Varvara Lepchenko lwn Vitalia Diatchenko

(31) Zarina Diyas lwn pemain kelayakan

(32) Belinda Bencic lwn Julia Goerges

(Nota: Nombor dalam kurungan adalah kedudukan pemain pilihan)



Artikel Sebelum

Artikel Lain