suria

Liga Hoki Dunia: Skuad Negara Intai Peluang ke Olimpik 2016

Pasukan hoki negara bergambar sebelum berlepas ke Singapura Selasa lalu.

SINGAPURA: Pusingan kedua Kejohanan Liga Hoki Dunia (HWL) yang akan membuka tirainya di Stadium Hoki Sengkang esok menjadi medan kepada pemain hoki negara mengintai peluang beraksi di Sukan Olimpik Rio de Janeiro tahun hadapan.

Bagi merealisasikan misi itu, skuad hoki negara perlu melepasi saingan ligakali ini untuk melangkah ke pusingan liga seterusnya.

Namun wujud kebimbangan dalam kalangan peminat sukan terhadap skuad hoki untuk merealisasikan impian itu berdasarkan kepada prestasi hambar yang ditunjukkan dalam siri perlawanan persahabatan baru-baru ini.

Untuk itu, skuad hoki negara di bawah bimbingan Tai Beng Hai, perlu bekerja keras untuk sekurang-kurangnya berada pada tangga kedua teratas dalam saingan kali ini untuk membuka peluang melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2016.

Bagi kelayakan ke Sukan Olimpik yang dijadual berlangsung di Rio de Janeiro,Brazil - ia meliputi satu pasukan tuan rumah, lima juara benua dan enam ranking teratas dalam Liga Hoki Dunia.

Sebelum ini, Malaysia terlepas jalan 'mudah' melayakkan diri secara automatik ke Rio selepas gagal merebut gelaran juara pada saingan Sukan Asia, apabila sekadar menamatkan saingan pada kedudukan keempat.

Kini, Malaysia perlu menggunakan peluang terakhir, dengan terpaksa menghadapi jalan 'berliku' untuk mara ke saingan separuh akhir HWL, yang dijadualkan berlangsung di dua gelanggang, sama ada di Argentina atau Belgium dan seterusnya ke saingan akhir di India untuk menempah slot ke Sukan Olimpik.

Bagi kejohanan kali ini, Malaysia diundi dalam kumpulan A bersama-sama pasukan Oman, Ukraine dan pasukan tuan rumah, Singapura menggantikan Fiji yang menarik diri.

Malaysia akan membuka kempen dengan menentang Ukraine pada 17 Januari seterusnya bertemu Oman pada 19 Jan dan tuan rumah, Singapura pada 20 Jan sebelum melayakkan diri ke saingan suku akhir pusingan kedua pada 22 Jan.

Sementara itu, kumpulan B pula dibarisi pasukan Jepun, Poland, Bangladesh dan Mexico.

Memetik kenyataan jurulatih sementara skuad kebangsaan, Beng Hai, kepada pemberita pada Jumaat lepas: "Kami sasarkan berada dalam kelompok dua terbaik kumpulan A pada saingan kedua kali ini. Jika dilihat dari segi kecergasan,pemain mampu capai sasaran yang diletakkan."

Melalui kedudukan ranking terkini, Malaysia berada di tangga ke-13 dunia, dalam kedudukan selesa secara teori berdasarkan kedudukan ranking lain-lain negara yang diundi dalam Kumpulan A.

Mengikut kedudukan ranking hoki semasa dunia, pasukan Oman berada pada kedudukan ke-22, Ukraine (24) dan Singapura (36).

Namun menanti saingan di peringkat suku akhir pusingan kedua HWL, Kumpulan B pula dibarisi Jepun yang berada pada ranking ke-14, Poland (18),Bangladesh (30) dan Mexico (35). -BERNAMA

Senarai 18 pemain hoki negara ke saingan pusingan kedua Liga Hoki Dunia:

Penjaga Gol: S.Kumar, Roslan Jamaludin.

Pertahanan: Azlan Misron, Baljit Singh, Mohamad Shukri Abdul Mutalib,Mohammad Izad Hakimi Jamaluddin, Muhammad Razie Abdul Rahim (kapten).`

Pertahanan/Tengah: Mohd Shahrun Nabil Abdullah, Faiz Helmi Jali. Tengah: Meor Muhamad Azuan Hasan, Mohd Fitri Saari, Muhammad Marhan MohdJalil, Nabil Fiqri Mohd Noor

Tengah/Penyerang: Tengku Ahmad Tajudin Abdul Jalil, Muhammad Haziq Samsul Penyerang: Faizal Saari, Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin, Muhammad FirhanAshari.

Jadual perlawanan kejohanan Hoki Liga Dunia:

Malaysia lwn Ukraine - Sabtu, 17 Jan (5.30 petang)

Malaysia lwn Oman - Isnin, 19 Jan (5.30 petang)

Malaysia lwn Singapura - Selasa, 20 Jan (8 malam) 

Hoki Liga Dunia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain