suria

Piala FA: Spurs, Southampton Mara Ke Pusingan Keempat

Rose menjaringkan gol keempat Spurs.
TOTTENHAM Hotspur mara ke pusingan keempat Piala FA selepas menewaskan Burnley 4-2 di White Hart Lane, awal pagi Khamis.

Burnley mendahului dengan 2-0 dalam masa tujuh minit menerusi jaringan Marvin Sordell dan Ross Wallace.

Paulinho meletakkan Spurs kembali dalam saingan menerusi jaringannya pada minit ke-10 sebelum Etienne Capoue bangkit menggandakan jaringan sebelum tamat babak masa pertama.

Vlad Chiriches dan Danny Rose kemudiannya menjaringkan dua lagi gol untuk membantu Spurs meneruskan kemaraan ke pusingan keempat.

Spurs akan bertemu Leicester di gelanggang sendiri pada aksi seterusnya.

Sementara itu, Southampton turut mengikut jejak langkah Spurs untuk melangkah ke pusingan keempat selepas menang tipis 1-0 ke atas Ipswich.

Shane Long (kanan) menjaringkan gol tunggal untuk Southampton.

Ipswich mempunyai beberapa peluang untuk memecah kebuntuan pada babak pertama sebelum Southampton menguasai permainan menerusi jaringan Shane Long.

Pada babak kedua Southampton kembali menguasai perlawanan dengan Ipswich mempunyai peluang baik untuk menyamakan kedudukan tetapi tandukan Darren Ambrose sedikit tersasar.

Perlawanan itu turut menyaksikan pemain Southampton, Victor Wanyama meninggalkan padang selepas bergelut dengan kecederaan hamstring.



Artikel Sebelum

Falcao Mungkin Tinggalkan MU

Artikel Berikut

Keputusan Piala FA

Artikel Lain