suria

Golf: Carey Lakar Kejutan Pada Saingan Awal Sabah Masters

KUALA LUMPUR: Chris Carey dari Australia menciptakejutan apabila mendahului saingan pembukaan pusingan akhir Jelajah PGA Asean, Sabah Masters di Sutera Harbour Golf & Country Club di Kota Kinabalu, Sabah,Rabu.

Pemain profesional berpangkalan di Bangkok itu membuat pukulan tiga di bawah par 68 untuk mendahului dengan satu pukulan pada kejohanan yang menawarkan hadiah US$100,000 (RM350,000).

Tiga pemain Malaysia - Chien Hau Tan, Airil Rizman Zahari dan Khor Kheng Hwai adalah antara enam pemain yang berkongsi tempat kedua bersama-sama Mardan Mamat dari Singapura serta dua pemain Thailand, Pipatpong Naewsuk dan Sutijet Kooratanapisan.

Pemain muda tempatan meningkat naik, Solomon Emilio Rosidin yang membuat kemunculan sulung sebagai pemain profesional minggu ini, mencatat satu di bawah par 70 untuk berkongsi tempat kelapan bersama rakan senegara Shaaban Hussin, juara bertahan Wisut Artjanawat dan Ratchapol Jantavara, kedua-duanya dari Thailand .

Carey mendahului hampir keseluruhan saingan selepas melakukan empat birdie sebelum mencatat bogey berturut-turut di lubang ke-13 dan 14 tetapi menamatkan saingan dengan mantap pada lubang ke-17.

"Saya agak terkejut dengan permainan hari ini kerana saya mengalami selesema minggu lepas dan lapangan ini agak sukar," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh penganjur, Jelajah PGA Asean.

"Kecuali sedikit masalah pada sembilan lubang kedua, saya mengambil peluang dengan beberapa pukulan birdie penting yang ternyata baik," kata pemain berusia32 tahun itu yang sudah berpangkalan di Asia lebih tujuh tahun.

Dalam pada itu, Tan, 23, yang berasal dari Sabah, gembira dengan usaha awalnya itu apabila melakukan dua di bawah par 69 untuk kekal dalam perebutan pada saingan yang sengit hari ini.

Beliau yang menjadi pemain profesional tahun lepas selepas menamatkan pengajian di Ashford University di Iowa, Amerika Syarikat dijangka bersinar dalam penampilan pertamanya dalam kejohanan berprestij itu.

"Lapangan ini benar-benar mencabar dan adalah sukar membuat penilaianterhadap pukulan dengan tepat. Tetapi saya melakukan pukulan yang baik hari ini, melakukan tiga birdie namun yang lebih penting, membuat pukulan par," katanya. 

PENDAHULU PUSINGAN PERTAMA

(Pemain Malaysia kecuali dinyatakan)

68 - Chris Carey (AUS)

69 - Airil Rizman Zahari, Chien Hau Tan, Pipatpong Naewsuk (THA), MardanMamat (SIN), Khor Kheng Hwai, Sutijet Kooratanapisan (THA)

70 - Wisut Artjanawat (THA), Shaaban Hussin, Solomon Emilio Rosidin,Ratchapol Jantavara (THA)

71 - Supravee Phatam (THA), Arie Irawan

72 - Song Gyu Yoo (KOR), Kwanchai Tannin (THA), Jay Bayron (PHI), Michael Bibat (PHI), Joeh Seik (INA) 

Artikel Sebelum

Keputusan Piala FA

Artikel Berikut

Artikel Lain