But Emas Bertatah Berlian Hadiah Nike Buat Ronaldo - Sukan | mStar

But Emas Bertatah Berlian Hadiah Nike Buat Ronaldo

Mercurial CR7 Rare Gold, nama but khas yang dikeluarkan Nike untuk Ronaldo.

ZURICH: Mercurial CR7 Rare Gold’, but bertatahkan berlian ditempah khas buat Pemain Terbaik Dunia buat kali ketiga, Cristiano Ro­naldo.

But berkenaan berwarna emas, tertulis perkataan CR7 dan mempunyai mikro berlian di bahagian tumit.

Ia dikeluarkan Nike yang juga penaja rasmi penyerang berusia 29 tahun itu.

“Berlian yang digunakan dipilih secara cermat daripada batu-batu besar dan dibentuk dengan penuh teliti oleh pengukir berlian.

“Oleh kerana berlian sangat halus dan butir-butirnya tajam, ia dipotong menjadi kepingan kecil membentuk mikro berlian.

"Ketekunan yang diperlukan untuk menghasilkan but tersebut me­ngingatkan pasukan reka bentuk Nike kepada etika kerja Ronaldo,” kata Nike.

Pengeluar barangan sukan antarabangsa itu memutuskan untuk menghasilkan sepasang kasut istimewa buat Ronaldo bagi meraikan  kejayaan bintang penyerang Portugal itu menjulang anugerah Ballon d’Or.

Selain itu, Ronaldo juga dilihat berjaya mengharungi musim yang cemerlang dengan merangkul gelaran Liga Juara-Juara, Copa del Rey, Piala Super Eropah, Piala Dunia Kelab.


Nike , Ronaldo , CR7 , Portugal

Artikel Sebelum

Keputusan Piala Raja Sepanyol (Copa del Rey)

Artikel Berikut

Falcao Mungkin Tinggalkan MU

Artikel Berkaitan

Figo Bakal Rebut Kerusi Presiden FIFA

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain