suria

Ramsey, Ozil, Flamini, Giround Bakal Beraksi Ahad Ini

Ozil dan Ramsey yang pulih daripada kecederaan kini kembali menjalani latihan untuk perlawanan Ahad ini.

MENJELANG perlawanan menentang Stoke City, Ahad ini, Arsenal makin yakin mampu mempamerkan aksi lebih mantap apabila beberapa pemainnya pulih daripada kecederaan.

Aaron Ramsey, Mesut Ozil dan Mathieu Flamini mula menjalani latihan pada Jumaat dan ia sesuatu yang menggembirakan pengendalinya, Arsene Wenger.

Selain itu, Olivier Giround yang digantung sebelum ini juga bakal menyertai rakan sepasukannya yang lain.

"Tiga pemain sudah pulih, bagaimanapun Welbeck (Danny) masih tak dapat bermain pada Ahad ini, mungkin minggu depan.

"Giround juga dapat bermain semula selepas digantung. Jadi kami ada skuad yang lebih besar berbanding minggu lalu," katanya.

Mengenai Ozil, Wenger berkata, dia belum membuat keputusan sama ada akan menurunkan pemain yang baru pulih dari kecederaan lutut itu.

"Yang pasti Ozil sudah boleh bermain untuk perlawanan Ahad ini," katanya.

Ozil, Arsenal, Stoke City

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain