suria

Van Gaal Yakin De Gea Akan Kekal Bersama United

Van Gaal berpuas hati dengan prestasi De Gea (kiri) sepanjang enam bulan lalu.

PENGURUS Manchester United, Louis van Gaal percaya penjaga gol, Davie de Gea akan menandatangani kontrak baru dengan kelab itu.

De Dea kini sedang berbincang dengan United untuk melanjutkan perjanjian yang hanya berbaki 18 bulan.

Ketika ini, Real Madrid menunjukkan minat untuk mendapakan pemain berusia 24 tahun itu kembali ke Sepanyol.

Sebagai langkah persediaan, penjaga gol berpengalaman, Victor Valdes menandatangani perjanjian dengan United pada Khamis.

Ditanya sama ada dia pasti De Gea akan kekal bersama pasukannya, Van Gaal pada Jumaat menjawab: "Saya rasa dia akan terus bersama kami, tidak ada masalah untuk dia menandatangani kontrak baharu dan perkara sama bagi semua pemain lain.

"Jika pemain itu sentiasa ada dalam barisan kesebelasan untuk perlawanan ia menunjukkan mereka antara yang terbaik dan tentu pengurus akan gembira dan percaya mereka akan kekal bersama pasukan."

Valdes yang juga bekas penjaga gol Barcelona akan bersama United ketika  berdepan Southampton pada perlajawanan Liga Perdana Barclays di Old Trafford, Sabtu.

Van Gaal percaya saingan antara Valdes dan De Gea sesuatu yang sihat dan untuk kebaikan pasukan.

"Tiada siapa yang mahu menjadi no dua. Dia (Valdes) perlu ada cita-cita untuk menandingi De Gea, mungkin ia sukar tetapi saya berhasrat untuk memiliki pemain terbaik yang dapat bekerjasama dan menjadikan kami pasukan terbaik di dunia.

"Saya hanya boleh katakan David de Gea berjaya menunjukkan prestasi baik sepanjang enam bulan saya bersama pasukan ini dan saya gembira dengan pencapaiannya," katanya.


David De Gea, Victor Valdes, United

Artikel Sebelum

Artikel Lain