suria

Campbell, Sanogo Bakal Tinggalkan Arsenal Bulan Ini

Dua penyerang, Campbell (kiri) dan Sanogo bakal meninggalkan Arsenal

DUA penyerang Arsenal iaitu Joel Campbell dan Yaya Sanogo akan mengikut jejak langkah Lukas Podolski untuk meninggalkan kelab berkenaan pada bulan ini.

Podolski meninggalkan The Gunners untuk menyertai Inter Milan menerusi pinjaman pada awal bulan ini.

Bagaimanapun, kelmarin, Villareal cuba mendapatkan Campbell yang turut dikehendaki oleh David Moyes untuk Real Sociedad.

Penyerang Costa Rica itu dijangka akan menandatangani kontrak baharu bersama Arsenal sebelum dibenarkan menyertai kelab lain menerusi pinjaman.

Ejen pemain berkenaan dilapor berada di England ketika ini untuk melakukan rundingan mengenai masa depan pemain terbabit.

Dalam pada itu, Sanogo pula akan dilepaskan oleh The Gunners kepada pasukan lain melalui pinjaman.

Kelab Perancis, Bordeaux menaruh minat untuk mendapatkan khidmat pemain terbabit.

Presiden kelab itu, Jean-Louis Triaud mendakwa, pemain berusia 21 tahun itu juga telah bersetuju untuk menyertai kelabnya.

Arsenal, Real Sociedad

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain