suria

Messi Bernilai Lebih £68.2 Juta Berbanding Ronaldo, Kata Kajian

Lionel Messi. Foto AFP

PEMAIN Barcelona, Lionel Messi bernilai lebih £68.2 juta (RM367.14 juta) berbanding pemain Real Madrid, Cristiano Ronaldo, menurut satu kajian.

Penerbitan tahunan mengenai pemain paling berharga di dunia oleh Pusat Antarabangsa bagi Pengajian Sukan (CIES) Football Observatory sentiasa berdebat mengenai perkara itu.

Perangkaan yang dibuat mereka bagi 2015 menarik perhatian apabila Messi dikatakan berharga £172.7 juta (RM929.68 juta) dan pemain bagi pasukan saingannya dari Real Madrid itu hanya bernilai £104.4 juta (RM562.06 juta).

Senarai CIES.

Perangkaan CIES Football Observatory itu membuat pengiraan menggunakan kaedah algoritma menerusi pangkalan data yang mengandungi lebih 1,500 pemindahan pemain sejak 2009.

Nilai itu turut mengira prestasi, ciri-ciri dan keputusan yang diperoleh pasukan masing-masing.

Apa yang jelas adalah perhatian buat Messie bahawa dia berumur 27 tahun, dua tahun lebih muda berbanding Ronaldo.

Jika tidak, adalah sukar untuk melihat sebab di sebalik nilai masing-masing berikutan prestasi cemerlang Ronaldo yang menjaringkan 26 gol dalam 15 perlawanan, berbanding Messi hanya 15 jaringan dalam 17 permainan. - uk.eurosport.yahoo.com

Artikel Sebelum

Artikel Lain