suria

Piala FA: Gol Masa Kecederaan Lukaku Selamatkan Everton

Jaringan Romelu Lukaku (dua, kanan) pada masa kecederaan menyamai keputusan seri dalam perlawanan pusingan ketiga Piala FA antara Everton dan West Ham United di Goodison Park di Liverpool, utara England awal pagi Rabu. Foto AFP

JARINGAN pemain Romelu Lukaku pada masa kecederaan dalam perlawanan pusingan ketiga Piala FA yang mempertemukan West Ham United di Goodison Park di Liverpool, utara England pada awal pagi Rabu menyelamatkan pasukan itu dengan keputusan seri 1-1.

Keputusan itu menyebabkan kedua-dua pasukan harus bermain semula dalam menentukan pihak yang berhak mara ke pusingan keempat.

Perlawanan bermula baik pada babak pertama apabila kedua-dua pasukan tidka mudah untuk memecahkan strategi serangan yang dilancarkan. Namun, tiada sebarang jaringan yang dicatatkan dengan keputusan 0-0.

West Ham United bagaimanapun mampu membolosi gawang pasukan lawan pada minit ke-56 menerusi jaringan James Collins menerusi umpan yang dilakukan oleh Morgan Amalfitano.

Pasukan tetamu dilihat dapat menamatkan permainan dengan kemenangan sehingga minit ke-90 apabila Everton tidak dapat menghasilkan jaringan balas.

Bagaimanapun, satu minit waktu tambahan buat Romelu Lukaku menyelamatkan Everton daripada kekalahan.

Permainanan tamat dengan skor 1-1. 

Pemenang dalam perlawanan seterusnya akan berhadapan dengan calon lawan antara Doncaster Rovers atau Bristol City yang juga perlu berlawan semula berikutan keputusan terikat 1-1.


Artikel Berikut

Keputusan Copa Del Rey

Artikel Lain