suria

Van Gaal Resah Prestasi Tidak Menentu Pemain

PENGENDALI Manchester United, Louis van Gaal mengakui persembahan anak didiknya masih belum mencapai tahap terbaik walaupun skuad itu berjaya berada di kedudukan ketiga Liga Perdana Inggeris ketika ini.

Jurulatih kelahiran Belanda itu mendedahkan, dia tidak gembira sejak awal musim kerana bimbang dicemuh penyokong akibat daripada prestasi pemain.

"Perasaan itu (tidak gembira) bermula selepas kami hanya mendapat 13 mata daripada 11 perlawanan, saya fikir penyokong tidak akan gembira apabila kami memasuki stadium ketika itu.

"Bagaimanapun saya lega apabila penyokong bagun dan bertepuk tangan ketika kami memasuki stadium.

"Saya berasa tidak gembira kerana bertanggungjawab dan bersalah terhadap setiap keputusan. Tetapi kini saya gembira kerana kami belum kalah dalam 11 perlawanan," katanya.




Manchester United

Artikel Lain