suria

Van Gaal Mahu Kedudukan Teratas Liga Perdana Inggeris

LOUIS VAN GAAL mendedahkan bahawa dia akan membawa Manchester United ke kedudukan teratas carta Liga Perdana Inggeris selewat-lewatnya pada akhir 2015.

Jurulatih berpengalaman dari Belanda itu percaya dia mampu berbuat demikian selepas United berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam 10 perlawanan berbanding tahun lalu.

"Saya rasa 2014 menjadi sangat menarik bagi kami, saya harap pemain dapat meneruskan komitmen ini. Ini kerana saya mahu penyokong melihat kami di kedudukan teratas liga pada akhir 2015.

"Resolusi tahun baru saya adalah untuk meningkatkan prestasi kerana dalam keadaan sekarang, seseorang pengurus tidak akan gembira.

"Anda sentiasa mahukan permainan yang sempurna dan dalam perlawanan terakhir di Stoke, kami tidak dapat bermain dengan baik.

"Kami memulakan tahun ini dengan teruk dan kami kehilangan dua mata dalam dua perlawanan. Kami perlu memperbaikinya, jika tidak impian menjadi juara tidak akan tercapai," jelasnya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain