suria

Steven Gerrard Akui Akan Berhijrah Ke Amerika Syarikat

LONDON: Ketua pasukan Liverpool, Steven Gerrard pada Sabtu mendedahkan akan menyambung kariernya sebagai pemian bola sepak di Amerika Syarikat selepas meninggalkan Anfield pada penghujung musim ini.

Gerrard, 34, pada Jumaat mengumumkan untuk meninggalkan Liverpool selepas Liga Perdana Inggeris melabuhkan tirai.

Sepanjang mewakili Liverpool, dia telah menghasilkan 180 gol daripada 695 penampilan.

"Saya akan bermain di Amerika Syarikat, tetapi saya tidak akan bertindak berlebihan dengan mengumumkan nama pasukan itu buat sementara ini," katanya.

Media British sebelum ini mencadangkan Gerrard mengikut jejak langkah bekas rakan sepasukan dalam skuad England iaitu David Beckham dengan menyertai Los Angeles Galaxy (LA Galaxy).

Bagaimanapun sumber tidak rasmi mendedahkan pemain tengah Liverpool itu akan menyertai LA Galaxy dengan kontrak selama 18 bulan.

Gerrard dilapor akan menerima bayaran sebanyak AS$6 juta setahun jika menerima kontrak tersebut selain dapat beraksi bersama bekas rakannya iaitu Robbie Keane.

"Kami tidak akan membuat sebarang komen terhadap pemain yang belum menandatangani kontrak bersama LA Galaxy," kata jurucakap kelab Amerika Syarikat itu, Brendan Hannan.

Liverpool, Steven Gerrard

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Piala FA

Artikel Lain