suria

Chelsea Sedia Bida Wilfried Bony £30 Juta

PENDAHULU Liga Perdana Inggeris, Chelsea mensasarkan penyerang Swansea, Wilfried Bony sebagai individu yang mampu menajamkan jentera serangan skuad itu pada tahun ini.

Bony merupakan penyerang yang dicadangkan oleh Didier Drogba bagi dibeli skuad berkenaan pada tingkap pemindahan Januari.

Berikutan itu, Chelsea dilaporkan bersedia untuk mengeluarkan perbelanjaan sebanyak £30 juta bagi mendapatkan penyerang Ivory Coast terbabit.

Bagaimanapun sebelum itu, skuad kendalian Jose Mourinho perlu bersaing dengan Manchester City dan Liverpool yang turut mahukan Bony.

Tetapi Chelsea dilapor mempunyai kelebihan dengan menjadikan Loic Remy sebagai pertukaran dalam mendapatkan Bony.

Bony memulakan kariernya di Liga Perdana Inggeris dengan aksi memukau apabila berjaya menghasilkan 20 jaringan pada 2014.

Chelsea, Wilfried Bony

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain