suria

'Tinggalkan Liverpool Keputusan Paling Sukar' - Gerrard

STEVEN GERRARD mengakui tindakan untuk meninggalkan Liverpool merupakan keputusan yang sukar untuk diputuskan dalam hidupnya.

Pemain berusia 34 tahun itu membuat keputusan untuk tidak lagi mewakili Liverpool selepas Liga Perdana Inggeris musim ini melabuhkan tirai.

Ketua pasukan yang mewakili Liverpool sejak 17 tahun lalu itu dilaporkan mengambil tindakan tersebut kerana tidak ingin lagi bergantung kepada 'butnya' untuk menyara keluarga.

Sebaliknya dia ingin mencari kehidupan baharu dengan keluar dari pengurusan, kejurulatihan dan kelab itu sendiri.

"Saya terpaksa membuat keputusan yang sukar ini untuk kehidupan saya dan keluarga, walaupun kedua-duanya terpaksa mengalami sesuatu yang perit untuk menerimanya.

"Saya juga membuat pengumuman ini supaya pengurus dan rakan sepasukan tidak terganggu dengan spekulasi seperti sebelum ini," jelasnya.

Liverpool, Steven Gerrard

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Jadual Piala FA Inggeris

Artikel Lain