suria

Kes Tembak Naib Presiden KOM: KBS Enggan Buat Andaian

RANTAU PANJANG: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk menyiasat kes tembakan membabitkan Naib Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed, Rabu lepas.

Menteri berkenaan Khairy Jamaluddin berkata pihaknya tidak mahu membuat sebarang andaian terhadap kes tersebut kerana akan mengganggu siasatan yang sedang dijalankan.

"Buat masa ini kita tak tahu, tak boleh syak sesiapa walaupun saya sedia maklum dalam KOM tahap politiknya begitu tinggi," katanya selepas menyampaikan bantuan bencana banjir kepada masyarakat Siam di Kampung Teresek, di sini pada Jumaat.

Dalam kejadian itu, Noorul Ariffin cedera ditembak di hadapan rumahnya di Bandar Rahman Putra, Sungai Buloh ketika dia baru sahaja pulang dari surau berdekatan.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supt Junaidi Bujang dilaporkan sebagai berkata hasil soal siasat, mangsa dikatakan pernah menerima ugutan kira-kira sebulan yang lepas.

Bagaimanapun, katanya motif kejadian masih dalam siasatan.


KOM, KBS

Artikel Sebelum

Jadual La Liga

Artikel Berikut

Artikel Lain