suria

Piala FA: Man United Berisiko Dibelasah Pasukan Kerdil

MANCHESTER UNITED perlu bersedia untuk menerima kejutan dikalahkan oleh pasukan kerdil dari Liga Satu jika Louis van Gaal merehatkan semua pemain utama dalam pusingan ketiga Piala FA.

Walaupun pasukan Yeovil kini hanya pasukan tercorot Liga Satu namun barisan pemainnya mampu membuat kejutan.

Hal ini kerana, pengendali Yeovil, Gary Johnson turut tidak mahu dikecewakan United dalam perlawanan tersebut.

Mengikut rekod, anak didik Van Gaal pernah dimalukan oleh pasukan kerdil apabila dibelasah MK Dons 4-0 dalam aksi Piala Capital One pada Ogos.

Walaupun menyedari akan rekod buruk itu, namun Van Gaal dilapor masih berkeras untuk tidak menyenaraikan pemain utama dalam perlawanan di Huish Park.

Jurulatih kelahiran Belanda itu dilapor mengambil keputusan berkenaan untuk memberi laluan kepada pemain yang mengharungi jadual padat sempena Krismas untuk berehat.

Difahamkan, antara pemain yang akan direhatkan ialah Radamel Falcao, Robin van Persie, Juan Mata dan Michael Carrick.


Piala FA, Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Lain