suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mourinho Mengamuk, Dakwa Chelsea Dihukum Pengadil

JOSE Mourinho menyelar pengadil, Anthony Taylor kerana melayangkan kad kuning kepada Cesc Fabregas yang didakwa sengaja menjatuhkan diri di dalam kotak penalti.

Tidak cukup dengan itu, Mourinho turut mendakwa tindakan melayangkan kad kuning tersebut merupakan satu skandal atau kempen untuk memerangi pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) iaitu Chelsea.

Cesc Fabregas is booked for diving during

Fabregas merupakan pemain Chelsea ketiga dilayangkan kad kuning kerana sengaja menjatuhkan diri di dalam kawasan penalti pasukan lawan selepas Diego Costa dan Willian pada bulan ini.

Selain Febregas, Gary Cahill dan Branislav Ivanovic turut dituduh melakukan lakonan sama dalam perlawanan melibatkan Chelsea menentang Southampton pada Ahad yang berkesudahan seri 1-1.

Berikutan itu, Mourinho mendakwa The Blues kini sedang dihukum oleh pengadil.

Dalam aksi itu Fabregas didakwa sengaja menyentuh kakinya dengan kaki pertahanan lawan, Matt Tergett sebelum menjatuhkan diri.



Chelsea, Pengadil, Southampton

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Liga Kejuaraan

Artikel Lain