suria

F1: Genap Setahun, Michael Schumacher Belum Pulih

LAGENDA F1, Michael Schumacher sedang melalui tempoh pemulihan yang panjang walaupun kejadian ngeri yang menimpa pelumba itu telah genap setahun pada 29 Disember, jelas pengurusnya, Sabine Kehm.

Kehm mengeluarkan kenyataan terbaharu itu bagi menyangkal dakwaan bahawa Schumacher telah pulih apabila mula mengenali isteri dan anaknya.

"Kami perlu masa lebih lama (pemulihan). Dia akan melalui masa lebih lama untuk pulih.

"Dai telah menunjukkan kemajuan dalam beberapa situasi yang serius sebelum ini," katanya mengulangi kenyataan yang dibuat sebulan lalu.


Sabine Kehm

Schumacher mengalami kecederaan serius selepas terlibat dalam kemalangan ski  di Meribel, Perancis pada 29 Disember 2013.

Dia berada dalam keadaan koma dalam tempoh yang panjang sehingga Jun tahun ini sebelum meninggalkan hospital pada September.

Dalam satu temubual oleh akhbar Le Parisien pada Ahad, seorang bekas pelumba F1, Philippe Streiff memberitahu bahawa Schumacher kini mampu bercakap dan mula mengenali isteri serta anaknya.


Philippe Streiff bergambar kenangan bersama Schumacher

Streiff yang dikatakan rakan lama Schumacher oleh akhbar tersebut dilaporkan mendapat maklumat berkenaan daripada isteri lagenda berkenaan iaitu Corinne dan pakar bedah, Gerard Saillant.

Bagaimanapun Kehm mendakwa Streiff bukan rakan lama kepada Schumacher dan tidak mendapatkan maklumat daripada Corinne serta Saillant.

"Saya tidak boleh mengesahkan maklumat (Streiff). Dia bukan rakan lama dan tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan kami, tiada apa-apa," jelasnya.   


Michael Schumacher, F1

Artikel Sebelum

Keputusan Liga Perdana Inggeris

Artikel Berikut

Artikel Lain