suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Spurs Ikat United Tanpa Jaringan

Pemain United Falcao (tengah) melakukan cubaan ke arah gol tuan rumah.

IMPIAN Manchester United untuk terus mengutip mata penuh musnah apabila hanya sekadar meraih seri tanpa jaringan pada aksi bertemu Tottenham Hotspur di White Hart Land, Ahad.

Biarpun anak buah Louis van Gaal menguasai permainan babak pertama, mereka gagal mencari sebarang gol dengan aksi cemerlang penjaga gol tuan rumah Hugo Lloris.

Radamel Falcao berada di barisan hadapan bersama Robin van Persie manakala Wayne Rooney memainkan peranan sebagai pemain tengah gagal mencuri sebarang peluang.

Pada aksi separuh masa kedua, Spurs tampil lebih baik mengasak kubu pertahanan United.

Pun begitu, sehingga akhir minit permainan, kedua-dua pasukan ini gagal mencari sebarang jaringan.

Pengurus Spurs Mauricio Pochettino membuat tiga percaturan baharu pada perlawanan ini dengan menyenaraikan Vlad Chiriches, Ben Davies dan Andros Townsend menggantikan Kyle Walker, Danny Rose dan Erik Lamela.

Dengan aksi tanpa gol ini, United masih mengekalkan kedudukan di tangga ketiga liga dengan 36 mata.

SENARAI PEMAIN:

Tottenham Hotspur: (4-2-3-1) Lloris, Chiriches, Fazio, Vertonghen, Davies; Mason, Stambouli, Chadli, Eriksen, Townsend; Kane (simpanan) Vorm, Dier, Walker, Lamela, Dembele, Paulinho, Soldado.

Manchester United: (3-4-1-2) De Gea, Jones, McNair, Evans; Valencia, Carrick, Rooney, Young; Mata; Van Persie, Falcao (simpanan) Lindegaard, Rafael, Smalling, Shaw, Fletcher, Pereira, Wilson.

Manchester United, Spurs

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain