Pemain kelab itu menyarung jersi berwarna biru selama seabad sebelum lembaga pengarah Cardiff melakukan undian pada 2012 dengan melakukan penukaran warna merah pada jersi sedia ada.
Penukaran warna tersebut itu adalah sebahagian daripada proses penjenamaan semula kelab tersebut dan untuk meningkatkan nilai komersial.
Pada minggu ini, penyokong Cardiff berkata, mereka akan mengadakan satu kempen pada ambang sambutan Tahun Baru mendesak agar kelab tersebut kembali kepada warna tradisinya.
Namun, Tan menegaskan beliau tidak akan mengubah fikirannya.
Sebaliknya, beliau menggesa semua penyokong untuk terus berdiri di belakang kelab itu yang kini menduduki tangga ke-11 dalam Liga Kejuaraan.
"Saya ingin beritahu anda (penyokong) bahawa mengadakan tunjuk perasaan tidak akan mengubah fikiran saya.
"Cardiff akan kekal dengan jersi warna merah dan saya berharap agar penyokong berfikir dengan waras dan terus memberikan sokongan agar kelab ini dapat kembali beraksi pada Liga Perdana Inggeris," katanya.
Cardiff Kekal Jersi Merah - Vincent Tan
Vincet Tan memakai jersi Cardiff City.


