suria

Balotelli Tak Sesuai Dengan Cara Liverpool - Rodgers

LONDON: Mario Balotelli akan kembali ke pasukan Liverpool untuk program musim perayaan ini, bagaimanapun pengurus, Brendan Rodgers agak berhati-hati ketika memuji keupayaan penyerang Itali itu.

Pemain berusia 24 tahun itu menghadapi laluan sukar untuk memastikan kehadirannya di Anfield sejak perpindahannya yang mencecah 16 juta pound dari AC Milan pada Ogos lalu yang setakat ini hanya mampu menghasilkan dua gol sepanjang 15 perlawanan.

Perlakuannya di luar padang juga sering mendapat perhatian hingga didenda 25,000 pound dan digantung satu perlawanan apabila pasukannya seri 2-2 dengan Arsenal selepas memuatnaik kata-kata kesat menerusi media sosial.

Pada sidang media pra perlawanan, Rodgers kepulangan Balotelli untuk bersama Liverpool sepanjang kesibukan program pada musim perayaan kali ini, bermula dengan kunjungan ke Burnley pada Jumaat. Bagaimanapun, dia secara terbuka menyatakan bekas pemain Manchester City itu tidak sesuai dengan gaya Liverpool.

"Dapat dilihat dengan jelas, asakan yang dilakukan ketika Luis Suarez digandingkan dengan Daniel Sturridge pada musim terdahulu bukan caranya.

"Mario adalah pemain yang lebih baik di depan pintu gol," katanya.

Bagaimanapun, katanya, kehadiran Balotelli akan digunakan sebaik mungkin untuk memastikan keupayaannya memberi manfaat kepada pasukan.

"Apa yang penting dia dapat bermain dan menambah senarai pemain terutama apabila Fabio (Borini) kini digantung," katanya.

Perlawanan musim perayaan yang diatur untuk Liverpool bermula dengan Burnley, bekas pasukan kendalian Rodgers, Swansea City dan Leicester City.

"Kami cuba mencari kaedah dan rentak terbaik untuk bangkit semula.

"Perlu digunakan sepenuhnya keupayaan setiap pemain untuk memastikan keputusan yang dapat memperbaiki kedudukan pasukan," katanya.

Mario Balotelli, Anfield, Liverpool

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain