suria

Mourinho Lepasi Rekod 400 Mata Di Chelsea

Maurinho kini mencipta rekod peribadi sepanjang bersama Chelsea.

LONDON: Dengan kemenangan Chelsea ke atas Hull City pada Sabtu lalu, Jose Mourinho mencipta rekod menjadi pengurus mengumpul lebih 400 mata melalui perlawanan paling sedikit di Liga Perdana Inggeris (EPL).

Kemenangan 2-0 itu membolehkan Mourinho mendapatkan 401 mata untuk kelab berkenaan dan memastikan dia mengatasi sekatan 400 mata melalui 174 perlawanan liga.

Ia 17 mata mengatasi pencabar terdekatnya, Sir Alex Ferguson.

Ferguson memperoleh 400 mata selepas mengemudi kemenangan dan seri kelab Manchester United melalui 191 perlawanan sejak sejarah EPL bermula pada 1992/93.

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger dan Rafael Benitez Liverpool) melakukan perkara sama, masing-masing melalui 208 dan 209 perlawanan.

Namun Mourinho perlu melakar lebih banyak kejayaan untuk membolehkan namanya terus unggul mengatasi pengurus lain.

Ferguson misalnya mengumpul 1,752 mata melalui 810 perlawanan sepanjang tempoh dia berkuasa di Old Trafford. Pungutan itu membolehkan Ferguson mendapat 2.16 mata purata  bagi setiap perlawanan.

Wenger berada di kedudukan kedua secara keseluruhan dengan 1,366 mata daripada 690 perlawanan, atau 1.98 mata bagi satu perlawanan.

Pengurus Queens Park Rangers, Harry Redknapp mencatat 870 mata daripada 633 perlawanan, atau secara purata 1.37 bagi satu perlawanan.

Jose Maurinho, Chelsea, EPL

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Man United Buru Gelaran Juara

Artikel Lain