suria

Lewis Hamilton Menang Anugerah Personaliti Sukan 2014

LEWIS Hamilton telah diundi sebagai personaliti sukan Britain tahun ini di majlis anugerah tahunan BBC, dengan Rory McIlroy di tempat kedua dan Jo Pavey di tempat ketiga.

Hamilton, juara dunia Formula One  itu hadir di majlis anugerah di Glasgow bersama anjing peliharaannya, Roscoe, dan telah dianugerahkan hadiah utama pada malam tersebut selepas menjadi pilihan lebih popular berbanding pemain golf nombor satu dunia dan pemenang pelbagai kejohanan utama golf, McIlroy.

Hamilton memenangi kejuaraan dunia Formula One yang kedua  pada bulan lalu selepas menewaskan pesaing kontroversi dengan rakan sepasukan Nico Rosberg (Mercedes)  apabila dia merangkul mahkota dengan kemenangan di Abu Dhabi bulan lalu.

Pelumba berusia 29 tahun itu telah dua kali menjadi naib juara untuk hadiah ini dan menewaskan McIlroy, yang memenangi dua kejohanan utama pada tahun 2014, dalam undi awam.

Teman wanitanya yang juga merupakan penyanyi pop, Nicole Scherzinger tidak hadir kerana terlibat dalam sebuah persembahan muzikal di London, tetapi Hamilton sempat berterima kasih kepada keluarganya, pasukannya Mercedes dan peminat.

"Saya amat berbesar hati dan berbangga kerana menjadi antara bakat sukan British yang besar," kata Hamilton.

"Saya benar-benar tidak menjangkakannya.

"Anda (Rory McIlroy) mempunyai tahun yang luar biasa. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga saya, dan ayah saya.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga saya, dan abang saya.

 "Malam ini adalah peringatan besar tentang berapa ramai ahli sukan hebat yang kita ada di sini. Ia bagaikan mimpi."

Dia menambah: "Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat, dan pasukan saya. Saya amat terkedu.

"Kita menang dan kita kalah bersama-sama. Saya dapat merasakan kasih sayang daripada kamu, dan saya berbangga membawa bendera Union Jack.

"Dan saya berharap saya boleh terus membuat anda bangga."

Hamilton, yang menjadi naib juara dalam undi BBC selepas penampilan pertama F1 yang menakjubkan pada 2007 dan memenangi gelaran pertamanya pada 2008, menjadi pemenang sukan permotoran pertama menerima anugerah itu sejak kemenangan Damon Hill pada 1996.

Artikel Sebelum

Man United Buru Gelaran Juara

Artikel Berikut

Keputusan Liga Perdana Inggeris

Artikel Lain