suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tengku Abdullah Ucap Tahniah Kepada Harimau Malaya

KUANTAN: Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah merakamkan penghargaan kepada jurulatih Dollah Salleh dan barisan pemain negara yang bermain dengan semangat kental sehingga layak ke final Piala AFF Suzuki 2014.


Titah baginda kejayaan pasukan Harimau Malaya membenamkan Vietnam 4-2 dalam perlawanan separuh akhir kedua di Stadium My Dinh, malam Khamis merupakan satu kejutan.

"Syukur Alhamdulillah pasukan negara telah membuat kejutan menang pada malam ini, pastinya saya gembira kerana pasukan Malaysia menepati sasaran FAM.

"Terima kasih kepada Dollah Salleh dan pemain-pemain pasti akan berusaha untuk menunaikan sasaran peminat yang mahu melihat pasukan kita menjulang piala kali ini," titah baginda dalam kiriman kenyataan ringkas kepada media, Khamis.

Malaysia layak ke final setelah menewaskan Vietnam dengan agregat 5-4 dan akan menentang Thailand dalam perlawanan akhir timbal balik pada 17 dan 20 Disember ini.

Piala AFF Suzuki

Artikel Sebelum

Keputusan Liga Europa

Artikel Berikut

Artikel Lain