suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Skuad Harimau Malaya Disambut Meriah

SEPANG: Skuad Harimau Malaya yang melakar kejayaan layak ke final Piala Suzuki AFF 2014, menerima sambutan meriah ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Jumaat.

Ratusan peminat berkumpul sejak 4 petang lagi bagi menunggu skuad bimbingan Dollah Salleh itu yang berjaya mengalahkan Vietnam 4-2 dalam aksi separuh akhir kedua di Hanoi, Khamis.

Malaysia menang dengan agregat 5-4 selepas tewas 1-2 dalam aksi separuh akhir pertama.

Skuad itu tiba di KLIA pada pukul 5.36 petang tadi.

Malaysia akan bertemu Thailand 17 Disember ini bagi aksi final pertama manakala final kedua di Kuala Lumpur, pada 20 Disember ini.

 

Harimau Malaya, KLIA, Hanoi

Artikel Berikut

Artikel Lain