suria

Schumacher Lumpuh, Hilang Ingatan - Streiff

BEKAS pelumba legenda Formula Satu (F1) Philippe Streiff mendakwa Michael Schumacher berada dalam keadaan lumpuh dan mengalami masalah percakapan.

Streiff yang juga lumpuh sejak tahun 1989 selepas mengalami kemalangan ketika ujian pra musim di Brazil memberitahu stesen radio di Perancis bahawa Schumacher sukar bercakap dan menderita dengan masalah ingatan.

Kawan baik Schumacher itu berkata:"Dia semakin pulih tetapi semuanya berkaitan. Ianya sangat sukar. Dia tidak mampu bercakap.

"Seperti saya, dia lumpuh dan menggunakan kerusi roda. Malah dia mengalami masalah percakapan dan memori".

Streiff,59, turut melawat Schumacher ketika juara dunia tujuh kali itu berada di Unit Rawatan Rapi di Hospital Grenoble, Perancis selepas terjatuh ketika bermain pada Disember lalu.

Pada Jun lalu, Schumacher,45, dipindahkan ke Hospital Lausanne di Switzerland dan kini menerima rawatan di rumahnya berdekatan dengan Lake Geneva.

Dalam pada itu jurucakap Schumacher, Sabine Kehm berkata, komen yang dibuat Streiff itu adalah pandangannya sendiri.

Kehm tidak mahu memberi sebarang komen, namun dia berkata: "Dia (Streiff) tidak ada berhubung dengan kami".

Sementara itu, doktor Jean-Francois Payen yang merawat Schumacher berkata, sejak Oktober lalu, pelumba itu menunjukkan perubahan, namun memerlukan tahun untuk pulih sepenuhnya

"Saya melihat ada perubahan, namun kita perlu bagi masa kepadanya.

"Apa yang penting ialah sabar. Kita perlukan skala satu hingga tiga tahun, jadi kamu kena bersabar," jelas Dr Payen.

Artikel Sebelum

Jadual Perlawanan Piala FA Inggeris

Artikel Berikut

Artikel Lain