suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

'Ben10' Tetap Tenang Tidak Terpilih Ke Piala AFF Suzuki

Nor Farhan mengungguli gelaran Penyerang Terbaik kebangsaan buat kali kedua berturut-turut.

PETALING JAYA: Walaupun dua tahun berturut-turut dinobatkan sebagai Penyerang Terbaik Kebangsaan, Mohd Nor Farhan Muhammad terpaksa menelan pahit apabila gelaran itu belum cukup untuk melayakkan dia berada skuad Harimau Malaya ke Piala AFF di Singapura bermula 23 November ini.

Nor Farhan atau digelar 'Ben10' beraksi bersama negeri kelahirannya, Terengganu mengetepikan dua lagi calon penyerang terbaik S Chanturu dari Sarawak dan Bobby Gonzales (PDRM) untuk mempertahankan gelaran dimenanginya ketika cemerlang mewakili Kelantan musim lalu.

"Mungkin saya belum cukup hebat di mata jurulatih negara. Pun begitu saya tidak terkilan kerana jurulatih Dollah Salleh pernah memanggil saya sebelum ini.

"Bagi saya setiap jurulatih ada pandangan tersendiri dan beliau pasti tahu siapa yang diperlukan dalam pasukan.

"Saya bersedia bila-bila masa sekiranya dipanggil untuk menyarung jersi negara," jelasnya yang akan kembali bersama Kelantan musim baharu nanti.

Tambah Nor Farhan,29, dia sudah mencuba yang terbaik sepanjang musim liga tahun ini.

"Saya berterima kasih kepada rakan-rakan dan penyokong yang sentiasa berada bersama saya selama ini.

"Anugerah kali kedua berturut-turut ini menjadi landasan untuk saya meneruskan aksi lebih baik pada masa akan datang.

Kali terakhir Nor Farhan bersama skuad bimbingan Dollah itu ketika Malaysia tewas 1-4 kepada Tajikistan dalam aksi persahabatan antarabangsa pada 8 Ogos lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain