suria

Real Hilang Sentuhan Modric

Modric (kanan) mengalami kecederaan paha dan mungkin terpaksa diketepikan sehingga hujung musim ini.
MADRID: Bintang tengah Real Madrid, Luka Modric dikhuatiri akan terlepas keseluruhan baki perlawanan musim ini selepas dibelenggu kecederaan paha.

Modric mengalami masalah kecederaan pada babak pertama ketika mewakili Crotia menentang Itali dalam aksi kelayakan Euro 2016.

Doktor pasukan kebangsaan, Boris Nemec menyuarakan kebimbangan awal mengenai tahap kecederaan yang dialami Modric.

Menerusi pemerhatiannya, Nemec berkata kecederaan itu mampu menghalang Modric daripada beraksi lebih daripada sebulan.

Malah, lebih teruk lagi ia disahkan oleh ujian yang kemudian dibuat oleh kelab gergasi itu.

"Ujian susulan yang dibuat kakitangan perubatan Real Madrid mendapati berlaku kekoyakan di tendon paha kaki kirinya," kata Real dalam satu kenyataan.

Bekas pemain Tottenham Hotspurs itu terkenal dengan kelincahan dan gerakan bijaknya di bahagian tengah.

Modric turut menjadi antara pemain utama Real yang membawa kepada kecemerlangan kelab itu musim ini.

Real menghuni tangga teratas La Liga pada ketika ini dengan mengumpul 27 mata daripada 11 perlawanan.
Luka Modric, Real Madrid

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain