suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kes Chong Wei: Proses Pengumpulan Bahan Bukti Lancar - BAM

Lee Chong Wei.
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Mohamad Norza Zakaria menyifatkan penyediaan bahan bukti bagi proses pendengaran mengenai kes Datuk Lee Chong Wei kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada awal Disember ini berjalan lancar.

Katanya beliau berpuas hati dengan kerjasama semua pihak termasuk jaguh badminton negara itu dalam membuat persiapan terbaik bagi kes tersebut.

"Setakat ini kita masih lagi dalam proses mengumpul bahan-bahan persediaan bagi proses pendengaran nanti, pihak peguam (Mike Morgan), BAM dan Chong Wei sedang berkerjasama dalam menyediakan bukti kukuh sebelum proses pendengaran itu nanti.

"Saya telah mendapatkan beberapa respons daripada Morgan tetapi belum masanya saya maklumkan kepada media kerana kami masih dalam proses persediaan kes terbaik," katanya kepada kepada pemberita pada majlis penyerahan cek Bank Islam Berhad kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di sini, Isnin.

Mohamad Norza juga adalah Bendahari FAM.

Chong Wei kini digantung sementara waktu oleh BWF selepas didapati positif menggunakan bahan terlarang 'dexamethasone' ketika beraksi dalam Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark, Ogos lepas.
BAM, Lee Chong Wei, doping

Artikel Berikut

Artikel Lain