suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Man United Kehilangan Daley Blind, Perlu Direhatkan 6 Minggu

DALEY BLIND merupakan nama baru dalam senarai pemain Manchester United yang perlu direhatkan kerana mengalami kecederaan.

Kecederaan yang merunsingkan Louis van Gaal itu berlaku ketika Blind mewakili Belanda dalam saingan kelayakan Euro 2016 menentang Latvia pada Ahad.

Blind terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan lutut selepas 19 minit berada di atas padang Stadium Arena.



Bekas pemain Ajax itu tidak dikeluarkan menggunakan pengusung sebaliknya dia mampu berjalan untuk digantikan dengan pemain Feyenoord, Jordy Clasie.

Perlawanan yang berakhir dengan keputusan Belanda berjaya menewaskan Latvia 6-0 itu bagaimanapun tetap merunsingkan Van Gaal kerana Blind perlu direhatkan selama enam minggu.

"Ia kelihatan tidak baik. Ia merupakan masalah ligamen dan boleh membawa kesakitan. Blind perlu direhatkan selama enam minggu," kata ketua jurulatih skuad Belanda, Guus Hiddink.

Van gaal sebelum ini berharap saingan antarabangsa mampu memberikan masa kepada pemain untuk merawat kecederaan.

Bagaimanapun kehilangan Blind bakal menambah beban jurulatih kelahiran Belanda itu kerana kini dia telah kehilangan sebahagian besar pemain pertahanan akibat kecederaan. 



Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain